nuffnang Ads

Rabu, 12 Oktober 2011

Aduh, Anakku Asma!!! - Tanda, pencegahan dan rawatan


Assalamualaikum... first time bila anak aku kene asma.... memang kalut semacam.... tak tau apa sepatutnya langkah-langkah yang patut sbg seorang ibu kita buat......

Pertamanya kita kena tahu apa itu asma.... ni aku rujuk dari info Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar... So nak kongsi-kongsi dengan semua orang supaya tak kalut macam aku.....

Asma adalah penyakit yang melibatkan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru yang membawa kepada kesukaran bernafas.

Ok, Apa yang berlaku semasa serangan Asma???

  • Dinding saluran udara paru-paru sentiasa tebal dan radang.
  • Saluran udara mengecut dan mengeluarkan banyak lendir.
  • Udara yang keluar masuk di paru-paru akan berkurangan.

Next, Apa tanda-tanda asma??
  • Pesakit boleh terbangun pada  waktu malam disebabkan batuk.
  • Kesukaran bernafas.
  • Nafas berbunyi.
  • Kesukaran bernafas selepas melakukan aktiviti...
Apa yang boleh mencetuskan asma??

  • Asap, rokok dan pencemaran udara
  • selesema
  • emosi keterlaluan
  • bersukan
  • haiwan atau mainan yang berbulu
  • debunga
  • perubahan cuaca
  • lipas
  • alahan makanan
  • kulat
  • habuk
  • cuaca sejuk
  • bau kuat dan semburan
Bagaimana nak kawal asma dan mengelakkannya??
  • Elakkan perkara penyebab asma (allergy)
  • Ambil ubat pencegah berterusan.

Cara-cara Pencegahan
  • Jauhi benda yang boleh menyebabkan asma seperti :
  • haiwan berbulu
  • berhenti merokok
  • jauhi daripada benda yang berbau kuat seperti sabun, syampu atau losyen yang berbau wangi
  • ubahsuai bilik pesakit asma
  • jangan guna permaidani
  • jangan letakkan kusyen lembut atau bantal berlebihan
  • basuh cadar dan selimut sekerap yang boleh.
  • buka tingkap untuk memastikan udara sentiasa bersih dan nyaman
  • tutup tingkap jika udara luar berjerebu, asap kenderaan, dan pencemaran
  • lakukan kerja2 menyapu, semburan serangga dan mengecat rumah ketika pesakit asma tiada di rumah
  • gunakan vakum lebih baik dari penyapu
  • pakai topeng udara jika kerja2 berhabuk
  • ambil ubat pencegah 30 minit sebelum bersukan atau bermain.
Rawatan
Biasanyanya menggunakan dua jenis ubat :

  • Ubat pencegah contoh, Budesonide - perlu digunakan sebagaimana yang diarahkan oleh daktor
  • Ubat pelega contoh Salbutamol digunakan apabila serangan asma berlaku.
Apa yang perlu dilakukan semasa serangan asma?
  • Jauhi benda yang menyebabkan asma
  • Gunakan ubat pelega contoh salbutamol dengan segera. 4 semburan segera dan berulang lepas 4 minit jika pernafasan tidak bertambah baik.
Bawa anak kita berjumpa doktor SEGERA sekiranya:
  • Ubat pelega tidak membantu untuk jangka masa yang lama (perlu digunakan kerap) atau langsung tidak berkesan
  • pernafasan masih sukar dan cepat
JANGAN TUNGGU SEHINGGA TANDA BAHAYA SEPERTI:
  • Sukar bercakap
  • bibir dan kuku bertukar biru
  • hidung terbuka lebar ketika bernafas
  • kulit tertarik di sekitar rusuk dan leher
  • degupan jantung atau nadi sangat cepat
INGAT ASMA YANG TERUK BOLEH MEMBAWA MAUT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan