nuffnang Ads

Isnin, 3 Jun 2013

Untuk Yang Bernama Wanita... La Tahzan

Assalamualaikum wbt...

Yang Bernama Wanita…
 
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya......

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.

Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
 
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.

Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.

Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.

Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu…..

Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!

Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.

Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,

Jadilah wanita yang paling bahagia!
La tahzan

# Artikel ini adalah perkongsian daripada Nor adibah Saihen

Jumaat, 14 Oktober 2011

MENDIDIK ANAK PEREMPUAN 3-6 TAHUN

Assalamualaikum....

"Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka dan menyayangi mereka, nescaya syurga balasan baginya"  - Direkod oleh Ahmad di dalam kitab Musuad Ahmad
 
Al Muqaddimah.....
Hari ini mendidik anak bukanlah merupakan perkara yang boleh dipandang mudah... terutamanya dalam mendidik anak perempuan. Aku sebagai cikgu,hari2 berdepan dengan student perempuan... yang macam2 ragamnya... yg gedik tu mmg gedik la... (yang ni mmg nampak fizikal n mentalnya)... satu lagi jenis yang tak gedik, nampak baik sangat tapi hakikatnya dah rosak pun ada jugak (yang ni yang susah ni)  Hati aku sebenarnya bimbang sangat apabila setiap hari terserempak bermacam-macam kes yang melibat student  perempuan. Walaupun student tu bukannya anak aku pun... Tapi naluri keibuan menyebabkan jantung aku turut berdegup kencang.... Pernah tau, satu ketika aku merampas handphone budak laki ni.... sebenarnya bukannya suka sangat nak buat aktiviti rampas-merampas ni pun...tapi dia main sms masa P&P aku..... mmg cari pasal la.... So terpaksa la aku rampas...

Dah menjadi tanggungjawab sbg seorang guru... bukan hanya sekadar mengajar, tapi mendidik.... so aku kene selidik hp tu.... (yang ni satu satu kesilapan terbesar kebanyakkan ibubapa la ni tak buat!! tolong la selidik hp anak masing2!!) hasil dapatan aku begitu mangejutkan sehingga menyebabkan jantung aku berdegup dua kali ganda dari biasa.... dalam hp tu aku jumpa gambar awek budak laki tu yang juga merupakan xstudent aku (yg jenis fizikalnya nampak ayu, baik, sopan n sewaktu dengannya... pendek kata mcm boleh dibuat menantu.... hakikatnya ank hantu...) dengan pelbagai aksi yang tak sanggup aku ceritakan di sini.... Hanya Allah yang maha mengetahui betapa sedihnya hati ini.... Setiap kali masuk kelas bila terpandang wajah-wajah student2 perempuan kelasku pasti hati ni akan merintih dengan soalan... adakah wajah2 suci yang aku pandang ini masih suci hatinya???
Menyedari hakikat aku pun bukanlah merupakan seorang mama yang perfect, So disebabkan itu aku merasakan betapa pentingnya nak kongsikan ilmu yang aku dapat daripada buku yang aku beli ni iaitu Mendidik Anak Perempuan yang ditulis oleh Abdul Mun'im Ibrahim... disamping dengan sedikit pendapat berdasarkan pengalamanku sebagai sebagai seorang guru.....
"Ajarkan anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu"
Untuk Bahagian pertama kita akan membincangkan tentang  Mendidik anak perempuan tiga tahun hingga 6 tahun....

Ok antara rumusannya yang perlu kita jadikan panduan untuk didik anak 3-6 tahun ialah:
  • Sbg ibu bapa kita kena memperhatikan dan memahami perasaan anak, apa yg dialaminya serta kena turut merasakan kesedihannya.
  • Perlu berusaha menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh anak2.
  • Nabi tidak menghukum anak perempuan yang masih kecil, walaupun dia melakukan kesalahan... dengan kata lainnya ibu bapa perlu berlemah lembut terhadap anak2 yang masih kecil ini, supaya dia tidak dikuasai dengan emosi kemarahan yang diperolehinya...
  • Ibu bapa perlu mendahulukan kaedah pendidikan at-targhhib berbanding at-tarhiib iaitu mendahulukan kasih sayang dan kelembutan sewaktu mendidik anak yang berumur 3-6 tahun....
Sebagai ibu bapa dan pendidik kita tidak digalakkan menggunakan kekerasan dalam mengasuh anak-anak. Pendidikan dan asuhan itu hanya boleh dilaksanakan dengan kelembutan dan kasih sayang. Ibu bapa yang bersikap keras sewaktu mendidik anak perempuannya yang masih kecil bererti mereka telah menganiaya dan menyakitinya. Kekerasan itu mungkin menyebabkan seorang anak menjauhi malah membenci ibu bapanya dan enggan mendengar nasihat ibu bapanya lagi.

Satu lagi perkara yang perlu kita tekankan semasa mengasuh anak sekecil ini ialah elakkan dia terlalu terdedah dengan dunia hiburan masa kini. berdasarkan pemerhatian aku dan sedikit kajian kebanyakkan anak-anak yang terlalu terdedah dengan dunia hiburan akan lebih terjerumus ke dalam budaya hedonisme.... iaitu budaya yang hanya mementingkan perkara-perkara yang menghiburkan sahaja.... sebaliknya perkara-perkara serius yang memerlukan daya fikir yang tinggi tidak lagi menjadi keutamaan.contoh, belajar itu susah... jadi mereka reject belajar... solat itu susah... mereka juga akan menolak menunaikan solat....Kecenderungan mereka hanyalah kepada perkara2 bersuka-sukaan, bermewah-mewahan dan berhibur.

Jadi disebabkan itu kita perlu kawal apa yang anak kita tengok atau tonton di televisyen....kerana televisyen itu menjadi tok guru ajaran sesat yang paling moden masa kini.... Jangan biarkan mereka termasuk dalam golongan hedonisme ini, kerana bimbang bila mereka masuk ke alam persekolahan mereka akan menjadi sebahagian daripada golongan bebalisme..... Sebenarnya kalau kita tengok realiti hari ini kat sekolah... terlalu ramai sebenarnya murid-murid yang daya fikir dan tumpuannya terlalu lemah.... dan hal ini disebabkan gejala bebalisme.....

Ok, nak tau lebih lanjut tentang gejala bebalisme ni, nanti kita akan sambung lagi pada bahagian mendidik anak perempuan 7-8 tahun pula.....




Rabu, 12 Oktober 2011

Ramalan Jadual Perkiraan Gaji Sebaris Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


 

Assalaamualaikum ... Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ni, semua orang tau bahawasanya kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji antara 7-13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Ni ramalannya.... entah betui ke idak.... wallahualam...

Aduh, Anakku Asma!!! - Tanda, pencegahan dan rawatan


Assalamualaikum... first time bila anak aku kene asma.... memang kalut semacam.... tak tau apa sepatutnya langkah-langkah yang patut sbg seorang ibu kita buat......

Pertamanya kita kena tahu apa itu asma.... ni aku rujuk dari info Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar... So nak kongsi-kongsi dengan semua orang supaya tak kalut macam aku.....

Asma adalah penyakit yang melibatkan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru yang membawa kepada kesukaran bernafas.

Ok, Apa yang berlaku semasa serangan Asma???

  • Dinding saluran udara paru-paru sentiasa tebal dan radang.
  • Saluran udara mengecut dan mengeluarkan banyak lendir.
  • Udara yang keluar masuk di paru-paru akan berkurangan.

Next, Apa tanda-tanda asma??
  • Pesakit boleh terbangun pada  waktu malam disebabkan batuk.
  • Kesukaran bernafas.
  • Nafas berbunyi.
  • Kesukaran bernafas selepas melakukan aktiviti...
Apa yang boleh mencetuskan asma??

  • Asap, rokok dan pencemaran udara
  • selesema
  • emosi keterlaluan
  • bersukan
  • haiwan atau mainan yang berbulu
  • debunga
  • perubahan cuaca
  • lipas
  • alahan makanan
  • kulat
  • habuk
  • cuaca sejuk
  • bau kuat dan semburan
Bagaimana nak kawal asma dan mengelakkannya??
  • Elakkan perkara penyebab asma (allergy)
  • Ambil ubat pencegah berterusan.

Cara-cara Pencegahan
  • Jauhi benda yang boleh menyebabkan asma seperti :
  • haiwan berbulu
  • berhenti merokok
  • jauhi daripada benda yang berbau kuat seperti sabun, syampu atau losyen yang berbau wangi
  • ubahsuai bilik pesakit asma
  • jangan guna permaidani
  • jangan letakkan kusyen lembut atau bantal berlebihan
  • basuh cadar dan selimut sekerap yang boleh.
  • buka tingkap untuk memastikan udara sentiasa bersih dan nyaman
  • tutup tingkap jika udara luar berjerebu, asap kenderaan, dan pencemaran
  • lakukan kerja2 menyapu, semburan serangga dan mengecat rumah ketika pesakit asma tiada di rumah
  • gunakan vakum lebih baik dari penyapu
  • pakai topeng udara jika kerja2 berhabuk
  • ambil ubat pencegah 30 minit sebelum bersukan atau bermain.
Rawatan
Biasanyanya menggunakan dua jenis ubat :

  • Ubat pencegah contoh, Budesonide - perlu digunakan sebagaimana yang diarahkan oleh daktor
  • Ubat pelega contoh Salbutamol digunakan apabila serangan asma berlaku.
Apa yang perlu dilakukan semasa serangan asma?
  • Jauhi benda yang menyebabkan asma
  • Gunakan ubat pelega contoh salbutamol dengan segera. 4 semburan segera dan berulang lepas 4 minit jika pernafasan tidak bertambah baik.
Bawa anak kita berjumpa doktor SEGERA sekiranya:
  • Ubat pelega tidak membantu untuk jangka masa yang lama (perlu digunakan kerap) atau langsung tidak berkesan
  • pernafasan masih sukar dan cepat
JANGAN TUNGGU SEHINGGA TANDA BAHAYA SEPERTI:
  • Sukar bercakap
  • bibir dan kuku bertukar biru
  • hidung terbuka lebar ketika bernafas
  • kulit tertarik di sekitar rusuk dan leher
  • degupan jantung atau nadi sangat cepat
INGAT ASMA YANG TERUK BOLEH MEMBAWA MAUT


Selasa, 11 Oktober 2011

MULIANYA SEORANG IBU

Sesungguhnya wanita itu seharusnya menjadi penghuni rumah utama. Kehidupan berumah tangga dan berkeluarga secara mulia di atas segalanya. Sesungguhnya kebahagiaan wanita yang hakiki adalah dalam kehidupan rumah tangga yang mulia dan suci, bahkan kehidupan berumah tangga adalah simbol kebahagiaan wanita dan manusiawi

Seorang wanita sudah menjadi kudratnya menjadi seorang ibu. Berbahagialah bagi wanita yang telah menjadi ibu. Dalam ajaran semua agama kedudukan seorang ibu adalah kedudukan yang paling mulia.
Islam sangat menjujung tinggi derajat dan kehormatan seorang ibu. Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Seorang ibu adalah tiang utama dalam keluarga. Ibulah yang mengandung, melahirkan, merawat, dan mendidik kita sehingga menjadi orang yang sukses seperti sekarang ini.

Seorang ibu membentuk karakteristik anak didiknya...


Ibu menjadi pondasi utama dalam berumah tangga. Ibu ibarat sebuah sekolah, yang apabila dia persiapkan (dengan baik), bererti dia telah mempersiapkan suatu bangsa dengan dasar yang baik. Ungkapan tersebut menggambarkan betapa besarnya peranan seorang ibu dalam membentuk sebuah generasi yang kelak akan menentukan kualiti suatu bangsa. Ibu adalah sekolah, bahkan dialah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Ibu bagaikan wadah pendidikan yang mengajarkan dan mendidik berbagai macam ilmu dalam kehidupan anak-anaknya dengan cinta dan kasih sayang. Sebagai pendidik awal, ibulah yang pertama kali meletakkan fondasi dasar terutama dalam aspek keimanan kepada anak dalam proses pendewasaan mental dan pematangan jiwa.

Ahad, 9 Oktober 2011

BONUS DAPAT, PENYELARASAN GAJI PUN NAIK, HARGA BARANG PUN NAIK!

Ramai yang tak faham tentang penyelarasan gaji yang diumumkan oleh PM... yang aku faham.......kenaikan gaji TAHUNAN sahaja......ini bermakna...klu tahun ni..kenaikan gaji tahunan kiter rm 100....mungkin kenaikan gaj kite pada tahun 2012 ialah rm 110...(ini berdasarkan kenaikan 7 hingga 14% mengikut gred)....tapi pasni harga barang conform naik melambung2...sebab para peniaga tak faham...yang diorang tahu...naik gaji jer.......isy,isy,isy,isyyyy.... ~~~~~

ni petikan akhbar yang aku kutip....
'Mulai tahun depan kenaikan gaji penjawat/kakitangan awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred seperti yg diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 semalam beseta tambahan bonus setengah bulan gaji. Manakala pesara pula mendapat RM500.
Oleh itu kerajaan diminta mengalbil langkah mengawal peningkatan harga barang2 yang mungkin berlaku ekoran pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam dan pemberian bonus.
Petikan Berita dari Bernama:
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng berkata jika perkara itu tidak dikawal, matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung penjawat awam tidak tercapai.
“Dengan kenaikan gaji ini, saya amat berharap kerajaan memberi penekanan kepada pengawalan harga barang keperluan harian,”
“Ini memberi peluang kepada penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan di samping mengekalkan prestasi kerja mereka,”
Mulai 2012, kerajaan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang pengajian peringkat ijazah sarjana dan 500 doktor falsafah (PhD) kepada penjawat awam yang layak termasuk guru dengan peruntukan RM120 juta.
Kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.
Najib berkata SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Sementara itu, Lok yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan meminta kerajaan menimbang pemansuhan kutipan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kepada mereka yang berpendapatan rendah.
“Saya cadangkan agar kerajaan memansuhkan kutipan yuran PIBG kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Ini dapat mengurangkan beban keluarga yang masih dalam kategori pendapatan rendah,”

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012

Berita baik untuk para penjawat awam, semalam PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM)yang lama , sisten itu dikenali sebagai Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau ( SBPA) . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.
SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.
Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Fokus kepada profesion perguruan (pendek tempoh kenaikan gred):
Berdasarkan skim baru mengikut ‘time-based’, seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.
Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah ‘time-based’ lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.
Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.
Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.
Umur Pesara dilanjutkan kepada 60 tahun:
Generasi muda dalam perkhidmatan awam tidak perlu bimbang dengan peluang kenaikan pangkat berikutan langkah kerajaan melanjutkan usia persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun boleh menurunkan pengetahuan mereka kepada golongan muda khususnya yang baru menyertai perkhidmatan.
Kenaikan pencen pesara sebanyak 2 %
Keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak 2 % setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam


Read more: http://nurizspace.com/2011/10/sistem-saraan-baru-perkhidmatan-awam-dalam-bajet-2012.html#ixzz1aHM5Y5v7