"Siapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan dia menjaga mereka dengan baik, memenuhi semua keperluan mereka dan menyayangi mereka, nescaya syurga balasan baginya" - Direkod oleh Ahmad di dalam kitab Musuad Ahmad
Al Muqaddimah.....
Hari ini mendidik anak bukanlah merupakan perkara yang boleh dipandang mudah... terutamanya dalam mendidik anak perempuan. Aku sebagai cikgu,hari2 berdepan dengan student perempuan... yang macam2 ragamnya... yg gedik tu mmg gedik la... (yang ni mmg nampak fizikal n mentalnya)... satu lagi jenis yang tak gedik, nampak baik sangat tapi hakikatnya dah rosak pun ada jugak (yang ni yang susah ni) Hati aku sebenarnya bimbang sangat apabila setiap hari terserempak bermacam-macam kes yang melibat student perempuan. Walaupun student tu bukannya anak aku pun... Tapi naluri keibuan menyebabkan jantung aku turut berdegup kencang.... Pernah tau, satu ketika aku merampas handphone budak laki ni.... sebenarnya bukannya suka sangat nak buat aktiviti rampas-merampas ni pun...tapi dia main sms masa P&P aku..... mmg cari pasal la.... So terpaksa la aku rampas...
Dah menjadi tanggungjawab sbg seorang guru... bukan hanya sekadar mengajar, tapi mendidik.... so aku kene selidik hp tu.... (yang ni satu satu kesilapan terbesar kebanyakkan ibubapa la ni tak buat!! tolong la selidik hp anak masing2!!) hasil dapatan aku begitu mangejutkan sehingga menyebabkan jantung aku berdegup dua kali ganda dari biasa.... dalam hp tu aku jumpa gambar awek budak laki tu yang juga merupakan xstudent aku (yg jenis fizikalnya nampak ayu, baik, sopan n sewaktu dengannya... pendek kata mcm boleh dibuat menantu.... hakikatnya ank hantu...) dengan pelbagai aksi yang tak sanggup aku ceritakan di sini.... Hanya Allah yang maha mengetahui betapa sedihnya hati ini.... Setiap kali masuk kelas bila terpandang wajah-wajah student2 perempuan kelasku pasti hati ni akan merintih dengan soalan... adakah wajah2 suci yang aku pandang ini masih suci hatinya???
Menyedari hakikat aku pun bukanlah merupakan seorang mama yang perfect, So disebabkan itu aku merasakan betapa pentingnya nak kongsikan ilmu yang aku dapat daripada buku yang aku beli ni iaitu Mendidik Anak Perempuan yang ditulis oleh Abdul Mun'im Ibrahim... disamping dengan sedikit pendapat berdasarkan pengalamanku sebagai sebagai seorang guru.....
"Ajarkan anakmu kerana kelak Allah bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu"Untuk Bahagian pertama kita akan membincangkan tentang Mendidik anak perempuan tiga tahun hingga 6 tahun....
Ok antara rumusannya yang perlu kita jadikan panduan untuk didik anak 3-6 tahun ialah:
- Sbg ibu bapa kita kena memperhatikan dan memahami perasaan anak, apa yg dialaminya serta kena turut merasakan kesedihannya.
- Perlu berusaha menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi oleh anak2.
- Nabi tidak menghukum anak perempuan yang masih kecil, walaupun dia melakukan kesalahan... dengan kata lainnya ibu bapa perlu berlemah lembut terhadap anak2 yang masih kecil ini, supaya dia tidak dikuasai dengan emosi kemarahan yang diperolehinya...
- Ibu bapa perlu mendahulukan kaedah pendidikan at-targhhib berbanding at-tarhiib iaitu mendahulukan kasih sayang dan kelembutan sewaktu mendidik anak yang berumur 3-6 tahun....
Sebagai ibu bapa dan pendidik kita tidak digalakkan menggunakan kekerasan dalam mengasuh anak-anak. Pendidikan dan asuhan itu hanya boleh dilaksanakan dengan kelembutan dan kasih sayang. Ibu bapa yang bersikap keras sewaktu mendidik anak perempuannya yang masih kecil bererti mereka telah menganiaya dan menyakitinya. Kekerasan itu mungkin menyebabkan seorang anak menjauhi malah membenci ibu bapanya dan enggan mendengar nasihat ibu bapanya lagi.
Satu lagi perkara yang perlu kita tekankan semasa mengasuh anak sekecil ini ialah elakkan dia terlalu terdedah dengan dunia hiburan masa kini. berdasarkan pemerhatian aku dan sedikit kajian kebanyakkan anak-anak yang terlalu terdedah dengan dunia hiburan akan lebih terjerumus ke dalam budaya hedonisme.... iaitu budaya yang hanya mementingkan perkara-perkara yang menghiburkan sahaja.... sebaliknya perkara-perkara serius yang memerlukan daya fikir yang tinggi tidak lagi menjadi keutamaan.contoh, belajar itu susah... jadi mereka reject belajar... solat itu susah... mereka juga akan menolak menunaikan solat....Kecenderungan mereka hanyalah kepada perkara2 bersuka-sukaan, bermewah-mewahan dan berhibur.
Jadi disebabkan itu kita perlu kawal apa yang anak kita tengok atau tonton di televisyen....kerana televisyen itu menjadi tok guru ajaran sesat yang paling moden masa kini.... Jangan biarkan mereka termasuk dalam golongan hedonisme ini, kerana bimbang bila mereka masuk ke alam persekolahan mereka akan menjadi sebahagian daripada golongan bebalisme..... Sebenarnya kalau kita tengok realiti hari ini kat sekolah... terlalu ramai sebenarnya murid-murid yang daya fikir dan tumpuannya terlalu lemah.... dan hal ini disebabkan gejala bebalisme.....
Ok, nak tau lebih lanjut tentang gejala bebalisme ni, nanti kita akan sambung lagi pada bahagian mendidik anak perempuan 7-8 tahun pula.....



